icon

.

 DARAH TINGGI



TEKANAN DARAH TINGGI

Bagaimana tekanan darah diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.
6_21bloodpressure




Jenis-jenis Darah Tinggi
Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.



Hipertensi Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain.
Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata
Gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
  • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang Kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening
Rawatan
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
  • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
  • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna
 

DAFTAR KEAHLIAN

Peluang anda untuk memajukan diri dari segi ekonomi terbuka luas dalam syarikat Phytoscience. Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai ahli untuk mendapat harga diskaun yang hebat. Terdapat 3 pilihan status yang ditawarkan dalam pendaftaran iaitu :

SILVER ( MINIMUM PEMBELIAN RM270 )

GOLD (PEMBELIAN PRODUK SEBANYAK RM1620)

MOBILE ( PEMBELIAN PRODUK SEBANYAK RM5400)

JIKA INGIN TAHU MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI SAYA DENGAN SEGERA..01115988975 ZALIE

MAKLUMAT SYARIKAT

Phyto Science Sdn Bhd HQ Address: PHYTO SCIENCE SDN BHD (1013730P) (AJL932039) Block B, 5-1-4, Megan Salak Park, Jalan 1/125e, Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur. Tel: +603 9054 5250 Fax: +603 9054 6250 Email: info@iphytoscience.com

Product Liability Insurance RM3,000,000.00

MSIG insurance policy number: SM-08541934-PRL

KKM reference number

Our product DOUBLE stemcell from KKM reference number is KKM-163/S/25 Jld.214.

PENGUMUMAN

Berkenaan isu Halal produk Double Stemcell :

Perkara ini dianggap selesai setelah Pihak JAKIM dan Phytoscience Sdn Bhd telah bermesyurat bersama pada tarikh 22 Januari 2014. Diputuskan tiada kesalahan yang dilakukan pihak Syarikat dan tiada Denda sebanyak RM200 ribu dikenakan seperti yang disebarkan sesetengah pihak di laman web dan blog. Pihak syarikat hanya perlu mencetak Manufactured by Bioalpha International Sdn Bhd & Marketing by Phytoscience Sdn Bhd di kotak produk. Dengan ini, tiada lagi isu halal....ALHAMDULILLAH..


 
Blogger Templates